Modul ini disusun rapi dengan tujuan mempersiapkan para Duyurfurrahman dengan bekalan-bekalan yang diperlukan untuk setiap fasa perjalanan haji mencakupi sebelum, semasa dan selepas menunaikan haji.
Setiap perjalanan haji diurus dengan teliti dan penuh amanah. Daripada penginapan selesa berhampiran Tanah Suci, bimbingan Mutawwif berpengalaman, hingga harga yang telus tanpa kos tersembunyi, kami pastikan ibadah anda berjalan lancar dan tenang.
Pengalaman ibadah haji di Mina yang lebih selesa dan tersusun melalui penginapan jarak dekat, berkualiti, dan mesra warga emas. Ini memastikan jemaah dapat menunaikan ibadah dengan tenang dan fokus.
Melaksanakan sunnah hari tarwiyyah bagi pakej Nuhasi di mana jemaah akan bermalam di Mina pada 8 Zulhijjah.
Solusi terbaik bagi mengurangkan kesesakan di Mina, dengan lokasi strategik berhampiran kawasan melontar jamrah serta kemudahan yang membantu meminimumkan kesulitan beratur panjang ke tandas sepanjang waktu kemuncak ibadah haji.
Penginapan terpilih berhampiran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi bagi memudahkan pergerakan jemaah serta memberikan lebih masa untuk beribadah dengan tenang dan selesa.
Hidangan bufet berkualiti disediakan tiga kali sehari di Makkah dan Madinah bagi memastikan keperluan nutrisi jemaah terjaga sepanjang perjalanan ibadah.
Dibimbing oleh pembimbing ibadah dan asatizah berpengalaman bagi memastikan setiap rukun dan wajib haji dilaksanakan dengan sempurna dan yakin.
Peluang menunaikan umrah sehingga lima kali, bergantung kepada pakej pilihan, bagi memaksimumkan pengalaman ibadah sepanjang berada di Tanah Suci.
Program ziarah eksklusif ke lokasi bersejarah seperti Hudaibiyah, Jaaranah, Muzium Wahyu dan Thaif untuk menghayati sejarah perjuangan Rasulullah SAW.
Pengisian rohani berstruktur melalui kuliah bermodul yang disampaikan oleh asatizah berpengalaman bagi memantapkan kefahaman dan penghayatan ibadah.
Kemudahan pembiayaan patuh syariah sehingga RM400,000 dengan kerjasama Bank Simpanan Nasional (BSN) bagi memudahkan perancangan ibadah anda.
Set cenderahati eksklusif disediakan untuk memudahkan urusan perjalanan dan sebagai kenangan istimewa sepanjang menunaikan ibadah haji.
Perkhidmatan lengkap termasuk tempahan penerbangan domestik, takaful perjalanan dan kad perubatan bagi memastikan perjalanan lebih lancar dan terjamin.
Pakar perancang haji kami akan membantu memilih pakej
yang paling sesuai untuk keperluan dan bajet anda.
Tahun
%
.7/5

Syarikat Pengelola Jemaah Haji
Anak syarikat kumpulan FELDA & FGV
Pemarkahan cemerlang TH
Perkhidmatan Masyair Naik Taraf (PMN)
Hari Tarwiyyah
Penginapan di Aziziah
Hotel Berdekatan Masjid
Sajian Makanan
Bimbingan Profesional
Umrah
Program Ziarah
Kuliah Bermodul
Kemudahan Pembiayaan Haji
Cenderahati Eksklusif
Perkhidmatan Tambahan




Copyright © FELDA TRAVEL SDN BHD (Company No: 100395-K | KKKP No: 0399)| All Rights Reserved.